Mengenai PERNIM

5:15 PM Posted by 1charity

Penagihan dadah, hubungan seks bebas dan kandungan di luar nikah merupakan penyumbang utama kepada penyakit HIV/AIDS di negara ini yang mana ia terus meningkat setiap tahun. ImageBerdasarkan kajian UNICEF di Malaysia wabak sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pengguna dadah secara suntikan merupakan kira-kira 73% daripada jumlah kes. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan tentang tularan heteroseksual yang sedang meningkat. Perkadaran wanita yang dilaporkan mempunyai HIV telah bertambah dengan besar pada dekad yang lalu daripada 4% pada tahun 1996 kepada 15% kes baru menjelang akhir tahun 2007. Kajian menunjukkan bahawa pada tahun 2007, lebih banyak suri rumah diuji positif HIV berbanding dengan pekerja seks. Pada masa yang sama, peratus bayi yang dilahir dengan HIV juga meningkat dari 0.2% kes baru pada tahun 1991 kepada 1.4% kes bagi tahun 2007.

Sama seperti di kebanyakan bahagian dunia, bilangan golongan muda di Malaysia dengan jangkitan HIV meningkat setiap tahun. Manakala berdasarkan statistik bulan Disember 2007 daripada Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa 36% jangkitan ini adalah dalam kalangan umur antara 13 hingga 29 tahun. Kematian ini wujudnya 4,000 anak-anak yatim yang terbiar dan tersisih oleh masyarakat akibat stigma dan kurangnya pengetahuan terhadap penyakit HIV/AIDS. Tidakkah terlintas di benak fikiran kita di manakah mereka ingin mengadu nasib? berlindung? Jadi siapakah yang sanggup memberikan mereka secebis kasih sayang? Bagaimana dengan pendidikan mereka? dan apabila mereka sakit bagaimana dengan perubatan mereka?. Semua ini menjadi persoalan, apa yang pasti kebanyakan kanak-kanak ini tidak mendapat simpati dari keluarga terdekat mereka setelah kematian kedua ibu-bapa dan tidak keterlaluan jika dikatakan mereka telah dibuang atau disisih oleh keluarga terdekat mereka sendiri kerana malu kepada masyarakat.

Image

Hingga kini,mungkin tidak ramai individu atau badan-badan NGO yang sanggup tampil ke hadapan demi membela dan menghulurkan bantuan terhadap anak-anak pesakit HIV/AIDS kerana mereka mungkin menganggap tanggungjawab ini hanya wajar diserahkan sepenuhnya kepada keluarga kanak-kanak yang terdekat dan kerajaan. Namun begitu dalam berjuta rakyat Malaysia ada juga seorang insan yang berhati mulia yang sudi membantu nasib kanak-kanak pesakit HIV/AIDS iaitu Puan Hjh Norlina bte Hj Alawi serta seluruh ahli keluarga yang terdiri dari suami, anak-anak yang masih bersekolah menengah dan rendah turut sama memikul tanggungjawab ini.Keluarga penyayang ini hanya merupakan sebuah keluarga sederhana Puan Hjh Norlina Hj Alawi, beliau hanya menjalankan Perniagaan Katering sebagai sumber pendapatan dan suaminya pula berkerja sebagai Pegawai Angkatan Tentera. Rezeki pendapatan inilah dikongsi sama bagi membesarkan anak-anak ini setakat termampu. Semuanya adalah kehendak Tuhan yang mengerakan hati, lantaran rasa keinsafan dan kesedaran bahawa mereka juga adalah makhluk Allah yang bergelar insan mempunyai hati serta perasaan.

Pusat Perlindungan PERNIM ditubuhkan pada 26 Mei 2006.PERNIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin turut serta membantu kerajaan negara ini memikul tanggungjawab dalam membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama kepada kanak-kanak yang terbiar dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara pembawa HIV positif.Penubuhan PERNIM diharap dapat memperbetulkan persepsi dan sikap prejudis masyarakat terhadap mereka yang menghidap HIV, kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa juga.

PERNIM antara lain bertujuan memberi perlindungan kepada anak-anak pesakit HIV/AIDS positif terutama daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia, memberikan perlindungan, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.

Penubuhan Pernim dicetuskan atas dasar kesedaran dan keinsafan terhadap anak-anak mangsa HIV yang tidak berdosa akibat perbuatan silam ibu dan bapa kandung mereka. Kanak-kanak ini memerlukan perlindungan daripada masyarakat.

0 comments:

Post a Comment