Latar Belakang Pengasas PERNIM
6:03 PM Posted by 1charity
Puan Hjh Norlina bte Hj Alawi dilahirkan di Kluang Johor pada 19 Dis 1971. Anak kedua dari sembilan adik beradik Pegawai Perhutanan Johor semenjak kecil lagi beliau telah diasuh dengan didikan agama, nilai-nilai murni, menghargai insan kurang upaya dan sikap suka menghulurkan bantuan kepada masyarakat di dalam kesusahan. Dengan izin Allah Puan Hjh Norlina Hj Alawi telah digerakkan hatinya mengikuti jejak langkah arwah ibunya yang suka membantu insan yang memerlukan bantuan tanpa membezakan status agama, bangsa, tua atau muda dan anak-anak kecil.
Beliau mendapat pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Tinggi Kluang, Johor dan telah mendirikan rumahtangga pada usia yang muda dengan suami tercinta Hj Roslan bin Zakaria yang berkerja sebagai pegawai di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Puan Hjh Norlina Hj Alawi telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata dan mempunyai anak angkat seramai 40 dari kalangan anak yatim piatu, anak terbiar, anak luar nikah. Lima daripadanya mempunyai penyakit HIV positif dan beliau juga mempunyai pengalaman menjaga empat orang kanak-kanak kurang upaya mengalami kecacatan otot.
Sebagai isteri kepada seorang pegawai tentera menuntut Puan Hjh Norlina Hj Alawi hidup merantau mengikut suaminya berkhidmat dibeberapa buah negeri seperti di Johor, Sabah, N. Sembilan dan Kuala Lumpur. Puan Hjh Norlina Hj Alawi merupakan seorang yang amat berdikari lantaran selalu ditinggalkan suami yang bertugas di perbatasan negara. Puan Hjh Norlina Hj Alawi amat aktif di dalam BAKAT Angkatan Tentera Malaysia dan menceburkan diri di dalam dunia perniagaan Sajian Pemakanan “Catering”. Perniagaan ini telah diusahakan semenjak 1997 dan terbukti beliau berjaya menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya. Namun kini beliau telah menumpukan perhatian sepenuhnya memberi perlindungan dan mendidik anak-anak di bawah jagaan di Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM.
Puan Hjh Norlina Hj Alawi telah memulakan kebajikan membela nasib kanak-kanak pesakit HIV/AIDS semenjak tahun 2001 setelah berpindah dari Sabah dan menetap di Taman Melur Ampang Selangor. Pada peringkat awalnya beliau telah memberi perlindungan kepada seorang gadis berumur 23 tahun yang cacat pendengaran dan mengandung akibat hubungan seks dengan penagih dadah serta disahkan mengidap HIV positif setelah tujuh bulan mengandung. Kasih sayang dan sifat keibuan yang mendalam terhadap anak-anak pesakit HIV/AIDS yang terbiar beliau telah sedaya upaya menubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). Pada 17 Mac 2004 merupakan tanggal keramat di mana PERNIM telah ditubuhkan dengan rasminya setelah pendaftarannya diluluskan oleh ‘Registration of Society’ (ROS) dengan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua, sijil Pendaftaran seperti di Kembaran A. Seiring dengan kemajuan PERNIM, Puan Hjh Norlina Hj Alawi terus bergerak ke hadapan dengan membuka Pusat Perlindungan PERNIM Berhad yang didaftarkan di bawah ROC pada 26 Mei 2006 dan memegang jawatan sebagai Pengerusi serta Pengamanah. Sijil pendaftaran seperti di Kembaran B. Pada 12 Jul 07 Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM telah didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Seksyen 10) Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM juga tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada setiap kes yang memohon pertolongan di pusat ini.
MEMPERJUANGKAN NASIB ANAK-ANAK PESAKIT HIV/AIDS
Bersama PERNIM Puan Hjh Norlina Hj Alawi bergerak aktif memberi perlindungan kepada anak-anak pesakit HIV/AIDS yang kematian ibu dan bapa, anak-anak terbiar, anak luar nikah dan membantu wanita-wanita terinaya. Perjuangan ini sudah pasti memerlukan kesabaran yang tinggi dan berbekalkan semangat yang kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Namun begitu ia bukanlah sebagai satu alasan, bagi Puan Hjh Norlina Hj Alawi perjuangan tetap diteruskan. Berikut adalah rentetan perjuangan Puan Hjh Norlina Hj Alawi:
Anak-Anak Pesakit HIV. Pada hakikatnya penyakit ini berjangkit melalui ibu kandung iaitu semasa di dalam kandungan. Kita tahu bahawa anak-anak ini tidak berdosa dan tidak ingin dilahirkan dengan status HIV positif. Setelah kematian ibu-bapa anak-anak ini telah hilang tempat bergantung dan keluarga terdekat tidak mahu menanggung risiko. Maka jalan termudah dengan menyerahkan anak-anak ini kepada sesiapa yang sanggup membela, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak ini. Puan Hjh Norlina Hj Alawi tidak memandang kepada status anak-anak ini, baginya anak-anak ini adalah anugerah tuhan dan adalah menjadi tanggugjawab masyarakat sekeliling untuk membantu insan yang lemah dan tidak berupaya. Beliau pernah dilemparkan dengan tohmahan mempunyai penyakit HIV/AIDS, perempuan insaf kembali ke pangkal jalan kerana bertaubat atas kisah jahat di masa silam, mencari publisiti murah, pelakon air mata, makan duit anak-anak yatim dan dianggap perempuan gila. Semua itu dianggap oleh Puan Hjh Norlina Hj Alawi sebagai lumrah manusia berbuat baik salah berbuat jahat apatah lagi yang penting anak-anak tidak berdosa ini perlu diutamakannya demi masa depan mereka.
Anak-Anak Terbiar. Bukan setakat anak-anak yatim malahan anak-anak yang mempunyai ibu bapa turut menjadi mangsa di atas pertelingkahan ibu-bapa sehingga membawa kepada penceraian. Bapa terlibat di dalam gejala tidak sihat seperti penagihan dadah, jenayah, berjudi, tidak mahu berkerja dan tidak bertanggungjawab merupakan penyumbang utama anak-anak menjadi budak terbiar. Kebanyakan anak-anak dalam masyarakat kini tidak dididik dengan sempurna malahan mereka diserahkan kepada nenek atau atuk untuk dibela. Masalahnya nenek tadi tidak mempunyai pendapatan tetap, sudah tua dan uzur telah membataskanya mendidik cucu mereka dengan sempurna. Puan Hjh Norlina Hj Alawi berusaha sebolehnya membantu anak-anak ini dengan memberi mereka pendidikan sempurna, kasih sayang, disiplin dan diambil sebagai anak angkat untuk tinggal bersama di Pusat jagaan Perlindungan PERNIM. Walaupun begitu pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Puan Hjh Norlina Hj Alawi kerana terpaksa berhadapan tuntutan hak jagaan oleh ibu-bapa kandung di mahkamah. Bagi bapa menagih dadah keadaan lebih meruncing dimana bapa tadi datang ke Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM untuk memohon wang dan ingin mengambil anak-anak untuk dijual kepada orang yang telah diaturkannya. Situasi ini memerlukan kebijaksanaan dan ketabahan kerana ia melibatkan keselamatan warga Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM.
Anak-Anak Luar Nikah. Kebanyakan anak-anak ini ditinggalkan oleh ibu kanak-kanak di hospital-hospital kerajaan selepas mereka melahirkan bayi. Puan Hjh Norlina Hj Alawi diminta oleh pihak JKM untuk mengambil kanak-kanak ini di bawah jagaannya terutamanya kanak-kanak yang disyaki mengidap penyakit HIV. Penjagaan bayi bukanlah mudah dan memerlukan perhatian penuh. Bayangkan Puan Hjh Norlina Hj Alawi pernah menjaga seramai 7 orang bayi dalam satu masa dan sudah pasti memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membesarkannya. Masalah utama yang dihadapi oleh Puan Hjh Norlina Hj Alawi beliau akan berhadapan bayi yang tidak mempunyai dokumen kelahiran kerana ia melibatkan bayi warga asing seperti Indonesia, Thailand, Myamar, Pakistan dan Bangladesh. Masa beliau ditagih untuk berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tidak layak mendapat rawatan percuma, pelajaran percuma dan semuanya memerlukan berurusan dengan wang ringgit. Namun begitu ia bukan satu alasan untuk tidak membantu anak-anak ini beliau akan sentiasa mengadaikan barang kemasnya apabila memerlukan wang untuk membiayai anak-anak ini.
Wanita-Wanita Terinaya. Bukan setakat kanak-kanak, malahan golongan orang dewasa turut datang ke Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM untuk memohon perlindugan dan jagaan. Mereka ini terdiri wanita-wanita muda dalam lingkungan 18 tahun – 26 tahun dan melibatkan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Terpedaya dengan pujuk rayu dan keasyikkan bercinta dan lantaran lemahnya pegangan agama maka wanita ini ditinggalkan oleh pasangan mereka apabila didapati mereka berbadan dua ada juga segelintir daripada mereka mengandung akibat dirogol. Untuk menolak bantuan ini, Puan Hjh Norlina Hj Alawi merasakan perbuatannya adalah zalim kerana tidak membantu insan yang lemah sangat-sangat memerlukan bantuan perlindungan, moral dan memerlukan seorang ibu atau bapa untuk menguatkan semangat untuk melahirkan anak yang dikandungnya. Jika permintaan ini ditolak maka impilkasi lain akan wujud kemungkinan besar bayi ini akan digugurkan, dibuang dan tidak keterlaluan bunuh diri akan berlaku. Oleh hal yang demikian sehingga kini Puan Hjh Norlina Hj Alawi telah membantu hampir 30 orang wanita untuk melahirkan anak dan membawa mereka ke pangkal jalan serta bertaubat. Pendekatan terkini Puan Hjh Norlina Hj Alawi telah meminta wanita itu sendiri membesarkan anaknya dan tidak diserahkan kepada orang lain. Ia bertujuan supaya wanita tersebut merasa insaf, tidak mudah terpedaya, bertanggungjawab dan sentiasa menyesali perbuatannya.
Pendidikan. Puan Hjh Norlina Hj Alawi meletakan pendidikan merupakan satu cabaran yang amat mencabar beliau sedar setakat untuk membesarkan anak ini dilihat mungkin mudah tetapi bercerita pasal pendidikan ia tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Rata-rata anak-anak di Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM buta huruf dan tidak mempunyai pendidikan asas keagamaan lantaran dibiarkan oleh ibu bapa malahan anak-anak ini tidak berpeluang pun untuk belajar. Ada segelintir kanak-kanak ini tidak mempunyai surat beranak, pemegang pasport Indonesia maka pendaftaran persekolahan tidak dapat dilaksanakan. Puan Hjh Norlina Hj Alawi terpaksa turun naik tangga memohon pendaftaran sekolah, kerayatan, pembayaran levi, menghidupkan pasport demi kasihnya terhadap anak-anak ini. Selain dari sekolah rendah/menengah dan sek agama anak-anak ini telah diprogramkannya untuk belajar dengan mengadakan kelas tuisyen 3 kali seminggu dengan guru-guru yang datang mengajar ke pusat dibayar mengikut jam serta harian, kelas tahfiz Al-Quran 2 kali seminggu, kelas Tae Kwan Do 1 kali seminggu. Memeriksa buku tulis anak-anak pada setiap hari dan membelikan mereka buku-buku latihan. Anak-anak ini juga tidak dibenarkan menonton TV melainkan pada malam minggu dan hari minggu sahaja. Masalah yang wujud disini adalah kos kewangan menjadi tinggi dimana untuk mengadakan kelas tuisyen sudah pasti memerlukan perbelanjaan kewangan yang besar. Namun begitu Puan Hjh Norlina Hj Alawi tidak menjadi ia sebagai alasan untuk melihat anak-anak untuk berjaya baginya selagi ada kemahuan selagi itu ada kejayaan.
Pembukaan Sekolah Agama. Berlanjutan dari masalah pendidikan anak-anak. Puan Hjh Norlina Hj Alawi telah berusaha sedaya upayanya mengatasi masalah ini dengan menubuhkan Sekolah Agama KAFA Intergrasi PERNIM di Kg Lembah Jaya Selatan, Ampang Selangor. Beliau sedar jika taraf kerakyatan menjadi sempadan maka beliau telah menubuhkan sekolah kepunyaan PERNIM sendiri untuk mendidik anak-anak supaya tidak tercicir dan ketinggalan. Sila lihat Gambaran Sekolah di Kembaran F. Pada setiap penghujung tahun Puan Hjh Norlina Hj Alawi juga telah menganjurkan ”Program Smart Solat” dan ”Tahfiz Al-Quran” di sekolah ini dan semua murid serta anak-anak masyarakat setempat turut ikut serta berkampung di sekolah ini selama 15 hari bagi menghadiri program yang dinyatakan. Bagi ibu-bapa yang tidak berkemampuan kemasukan dalam program ini adalah percuma bagi membantu masyarakat setempat.
Perubatan. Anak-anak HIV di Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM mempunyai rawatan berjadual di Hospital Besar Kuala Lumpur pada setiap bulan. Rawatan dan waktu makan ubat yang telah ditetapkan oleh doktor mesti Puan Hjh Norlina Hj Alawi tentukan pada setiap hari. Tumpuan terhadap perubatan ini akan menentukan kandungan kuman HIV akan bertambah kepada anak-anak yang mengidap penyakit dan akan memendekkan hayat hidup mereka. Kegagalan berbuat demikian boleh di dakwa di mahkamah kerana mengakibatkan kematian disebabkan sikap cuai. Dalam masa yang sama Puan Hjh Norlina Hj Alawi sanggup tidur di Hospital hampir sebulan dalam setiap kes apabila anak-anak ini ditahan di hospital. Waktu genting ini sudah pasti anak-anak ini memerlukan belaian kasih sayang dari seorang bergelar ibu disisinya.
Pengurusan Jenazah. Sungguh besar bakti dan kesanggupan Puan Hjh Norlina Hj Alawi menguruskan jenazah seorang wanita mempunyai penyakit HIV positif. Wanita kerakyatan Indonesia ini telah dihantar oleh JKM ke Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM bersama dua orang anaknya untuk diberi perlindungan. Suami wanita ini pula rakyat Malaysia, berbangsa melayu dan seorang penagih dadah yang sedang menjalani hukuman di penjara Kajang. Keesokan harinya wanita telah keluar dari Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM dan telah mengantung dirinya sehingga mati. Melalui nota yang ditinggalkanya beliau tidak sanggup lagi menanggung derita akibat AIDS, dihina masyarakat, menyusahkan orang lain dan dipukul oleh suami. Puan Hjh Norlina Hj Alawi telah pergi ke kedutaan Indonesia bagi menuntut jenazah dan surat keizinan pengebumian dari kedutaan Indonesia. Sesudah itu beliau telah ke Hospital HUKM untuk menuntut jenazah bagi tujuan ’post mortem, dimandikan dan disembahyangkan. Semua aktiviti tersebut memerlukan wang yang dibayar oleh beliau sendiri untuk memastikan jenazah selamat dikebumikan. Pada waktu yang sama suami Puan Hjh Norlina Hj Alawi tiada dirumah yang sedang berkursus di Port Dickson dan tidak boleh pulang menguruskan jenazah kerana ia bukan waris kadim. Urusan kereta jenazah, urusan gali kubur, bacaan talkim dan urusan batu nisan diuruskannya secara bersendirian. Beliau merasa sungguh insaf begitulah jika mati dalam keadaan aib, tidak berharta, di tanah orang pula tidak ada siapa yang peduli, malahan suara-suara sumbang kedengaran ”Buat Apa Ditanam Mayat Tak Diterima Bumi”. Bagi Puan Hjh Norlina Hj Alawi semuanya adalah urusan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil. Kita yang hidup mesti menunaikan tanggungjawab kalau tidak satu kampung akan menanggung dosanya. Sila Lihat Gambaran di Kembaran I. Puan Hjh Norlina Hj Alawi memohon maaf bukan niatnya untuk mengaibkan simati tetapi ia perlu dijadikan pedoman dan ukuran kita yang masih hidup.
Sanggup Menyusukan Bayi. Puan Hjh Norlina Hj Alawi merasa sangat belas tidak terhingga terhadap seorang bayi kecil yang tidak berdosa tidak langsung merasai setitik pun susu dari seorang insan yang bergelar ibu. Lantaran ibu kandungnya tidak dibenarkan langsung untuk menyusukan anak ini atas nasihat doktor bagi menggelakan bayi dijangkiti penyakit HIV dari ibu kandungnya. Justeru itu Puan Hjh Norlina Hj Alawi telah meminta izin dari suaminya untuk mengandung lagi dengan niat sucinya untuk menyusukan bayi angkatnya sekali gus menjadikannya anak susuannya dan berusaha menyelamatkannya dari dijangkiti penyakit HIV. Dengan harapan melalui susuan ibu ini dapat memberi manfaat terhadap bayi dengan kandungan zat dan khasiat lengkap dapat membina antibodi menentang penyakit. Semasa Puan Hjh Norlina Hj Alawi mengandung beliau telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri rumah, perniagaan katering dan membesarkan enam orang anaknya yang mempunyai pelbagai karenah. Beliau sanggup mengambil risiko mempercepatkan tarikh bersalin kerana hendak menjalankan perkhidmatan katering di luar Kuala Lumpur serta masih sempat menyusui bayi angkatnya dengan memerah susu dan menyimpan di dalam peti sejuk. Semasa berada di dalam keadaan berpantang lagi Puan Hjh Norlina Hj Alawi masih mampu mengambil kontrak penyajian makanan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kanopi, kerusi, meja, generator serta permasangannya bagi menjayakan pengambaran Filem Paloh yang diadakan di Kuala Kangsar dan Ipoh di Perak selama 70 hari. Walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi kerana terpaksa berpindah- randah dari satu lokasi ke satu lokasi pengambaran serta menyediakan hidangan sebanyak lima kali sehari. Jerit perih pengorbanan Puan Hjh Norlina Hj Alawi demi mencari pendapatan untuk menampung keluarga tidak sedikit pun menjejaskan semangatnya untuk bekerja lebih kuat.
Menjadi Bahan Rujukan dan Kajian. Puan Hjh Norlina Hj Alawi juga melihat bahawa dari sudut pendidikan kemanusian amat penting diterapkan di kalangan pelajar sekolah dan IPT samada di dalam negara mahupun di luar negara. Justeru itu beliau sanggup menghabiskan masa setiap hari menerima pelbagai pelajar dari sekolah serta IPT yang datang ke Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM untuk tujuan membuat kaji selidik. Oleh itu, Puan Hjh Norlina Hj Alawi telah mengambil kesempatan ini untuk menyerapkan nilai-nilai kemanusiaan di dalam diri semua pelajar dengan memperlihatkan secara realiti kehidupan nasib anak-anak yatim dan bagaimana mereka telah dididik di Pusat Jagaan Perlindungan PERNIM untuk menjadi seorang insan berguna di masa hadapan.
Aktiviti Sosial. Kesibukan menguruskan anak-anak bukan menjadi batu penghalang untuk Puan Hjh Norlina Hj Alawi terus berbakti kepada masyarakat setempat . Beliau begitu aktif bersama kariah kampung dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti keagamaan dengan mengadakan majlis bacaan yassin, tahlil, majlis cukur jambul, bacaan doa selamat, pengurusan jenazah dan urusan kenduri kahwin. Puan Hjh Norlina Hj Alawi turut menjadi tumpuan masyarakat dalam mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung masalah rumah tangga serta jagaan anak oleh pelbagai pihak. Beliau sering diundang oleh kementerian-kementerian, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Institut Pengajian Tinggi (IPT), kilang-kilang, perhotelan dan sekolah-sekolah. Bukan setakat itu sahaja beliau turut diundang menyampaikan perjuangannya di luar negara iaitu di Singapura dan di Indonesia. Undangan ini dibuat bagi sesi dialog atau forum membincangkan masalah jangkitan penyakit HIV/AIDS, ketagihan dadah, seks bebas, keruntuhan rumah tangga, lari dari rumah dan anak bermasalah demi mencapai satu resolusi mengatasi masalah yang dinyatakan. Jesteru pergaulan sosial dengan masyarakat menjadi tidak terhad melibatkan semua peringkat masyarakat tanpa perbezaan status sosial.
December 24, 2013 at 2:01 AM
Semoga akan lahir ramai lagi insan seperti puan Noralina Alawi di dunia ini...ameen.
September 27, 2016 at 11:59 PM
assalamu'alaikum. wrwb. Subhanalloh...saya bahagia dan bangga masih ada hamba Allah dimuka bumi yg terus memperjuangkan kemanusiaan tanpa memandang batas suku, bangsa dan agama. bisakah saya mendapatkan alamat email puan ? terima kasih. yanti, indonesia
January 26, 2018 at 5:44 AM
Nama saya ialah Puan Maria Pedro, pengurus cawangan JAMINAN PENYELESAIAN. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda, adakah anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda, sama ada anda memerlukan pinjaman penyatuan, gadai janji atau tujuan lain? Adakah anda ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Ketahui lebih lanjut bukan kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda berlaku pada masa lalu !!! Kami memberi pinjaman kepada syarikat, entiti dan individu dengan harga yang rendah dan berpatutan untuk tempoh tetap 1-30 tahun dan enam bulan sebelum permulaan ansuran bulanan. Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel melalui: (mariapedroguaranteetrustloan@gmail.com)
APLIKASI DATA
1) nama:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Jantina:
5) Status perkahwinan:
6) Kerja:
7) Nombor Telefon:
8) kedudukan di tempat kerja:
9) pendapatan bulanan:
10) Bilangan pinjaman:
11) Tempoh pinjaman:
(12) Tujuan pinjaman:
13) Tarikh Lahir:
terima kasih
March 3, 2018 at 8:07 AM
Halo,
Nama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu untuk membantu saya memperoleh pinjaman yang baik setelah saya banyak mengalami pinjaman dari pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa memberikan pinjaman kepada saya telah memerlukan pinjaman untuk 3 tahun yang lalu untuk memulakan perniagaan saya sendiri di kota Cirebon di mana saya tinggal dan saya jatuh ke tangan sebuah syarikat palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan saya pinjaman. dan saya sangat Frustrasted kerana saya kehilangan semua wang saya untuk sebuah syarikat palsu di Turki, kerana saya berhutang kepada bank saya dan rakan-rakan saya dan saya tidak ada sesiapa pun untuk menjalankan, sehingga satu hari setia bahawa seorang kawan saya memanggil Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu, jadi saya terpaksa menghubungi Siti Aminah dan dia memberitahu saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Ibu Alicia Radu bahawa dia adalah seorang ibu yang baik dan saya terpaksa menunaikan keberanian dan saya menghubungi Ibu Alicia. Radu dan saya terkejut dengan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam tempoh 3 jam pinjaman saya dipindahkan ke akaun saya dan saya sangat terkejut bahawa ini adalah satu keajaiban dan saya mesti memberi keterangan mengenai kerja baik Ibu Alicia Radu
jadi saya nasihat semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi e-mel Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya memberi jaminan bahawa anda akan memberi keterangan seperti yang telah saya lakukan dan anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai Ibu Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan anda masih boleh menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui e-mel: (sitiaminah6749@gmail.com)
semoga Allah terus memberkati dan mengasihi ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan kewangan saya
March 26, 2018 at 12:07 PM
Halo,
nama saya ialah Siti Aminah dari Indonesia, saya cadangkan semua orang di sini harus berhati-hati, kerana terdapat banyak peminjam pinjaman palsu di internet, tetapi mereka masih yang sebenar dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah ditipu oleh 4 peminjam pinjaman yang berbeza, saya kehilangan banyak wang kerana saya sedang mencari pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya telah ditangkap oleh orang kerana berada dalam hutang.
Saya hampir berputus asa sehingga saya meminta nasihat seorang kawan yang memperkenalkan saya kepada peminjam pinjaman asal dan syarikat yang sangat dipercayai iaitu Ibu Alicia Radu yang mendapat pinjaman saya 800 juta rupiah Indonesia dalam Kurang dari 24 jam Tanpa tekanan dan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Saya sangat terkejut apabila memeriksa akaun bank saya dan mendapati jumlah pinjaman yang saya minta telah dipindahkan ke akaun bank saya tanpa sebarang kelewatan atau kekecewaan jadi saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik supaya orang dapat mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan dari Ibu Alicia Radu
Saya mahu anda mempercayai Ibu Alicia Radu dengan sepenuh hati kerana dia sangat membantu dalam hidup saya dan kehidupan kewangan saya. Anda harus menganggap diri anda sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (sitiaminah6749@gmail.com) jika anda memerlukan maklumat mengenai bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu, anda sangat bebas untuk menghubungi saya dan saya dengan senang hati akan menjawab anda kerana anda juga boleh membantu yang lain selepas anda menerima pinjaman anda.
May 19, 2018 at 4:30 AM
Saya ingin kembali semua kemuliaan Allah atas apa yang dia gunakan Ibu Alicia Radu lakukan dalam hidup saya, nama saya Yetty Sunarsih dari Sandakan di malaysia, saya janda dengan 3 anak, suami saya mati dalam kemalangan kereta dan sejak itu kehidupan telah menjadi sangat kasar kepada saya dan keluarganya dan saya telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
pada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian ROBBI bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu dan saya menghubunginya untuk bertanya mengenai Ibu dan betapa benarnya pinjaman dari Ibu Alicia Radu dan dia memberitahu saya bahawa benar dan saya menghubungi Ibu Ibu Alicia Radu dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat amaran wang pinjaman saya dalam akaun saya dan ketika saya memeriksa akaun saya pinjaman saya utuh dan saya sangat gembira dan saya bersumpah bahawa mana-mana syarikat yang meminjamkan pinjaman saya akan memberikan penerangan mengenai syarikat itu, jadi saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada setiap orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi Ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com) dan anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (yettysunarsihs850@gmail.com) untuk maklumat dan juga teman saya Annisa Barkarya melalui email nya :( robbi5868@gmail.com)
June 27, 2018 at 12:54 PM
Halo,
Nama saya Marcia Retnawati dari Batan Miroto kota Semarang di Indonesia, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada setiap orang agar berhati-hati dalam mendapatkan pinjaman di sini, sehingga peminjam pinjaman di sini adalah semua penipu dan mereka hanya di sini untuk menipu anda wang saya, saya memohon pinjaman kira-kira 100 juta dari seorang wanita di Malaysia dan saya kehilangan kira-kira 6 juta tanpa mengambil pinjaman, mereka bertanya lagi dan sekali lagi untuk kos, saya membayar hampir 6 juta lagi saya tidak mendapat pinjaman,
Allah adalah kemuliaan, saya bertemu seorang sahabat yang baru saja memohon pinjaman, dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan apa pun, jadi dia memperkenalkan saya kepada Puan Alicia Radu, dan saya memohon 500 juta, saya rasa ini adalah jenaka dan penipuan, tetapi saya mendapat pinjaman saya kurang dari 24 jam hanya 2% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada menjadi miskin.
jadi saya nasihat semua orang di sini yang memerlukan pinjaman untuk dihubungi
Puan Alicia Radu, melalui e-mel: aliciaradu260@gmail.com
Anda masih boleh menghubungi saya jika anda memerlukan maklumat lanjut melalui e-mel: Marciaretnawati450@gmail.com
sekali lagi terima kasih semua kerana membaca kesaksian saya, dan semoga Allah terus memberkati kita semua dan memberi kita hidup dan kemakmuran
September 16, 2018 at 7:58 AM
Hari yang baik,
Nama saya Marcu Dorlca, saya berasal dari Romania. Saya ingin memberi keterangan mengenai peminjam yang baik yang menunjukkan saya cahaya selepas dia ditipu oleh dua peminjam antarabangsa yang berlainan di Internet, semuanya berjanji untuk memberi saya pinjaman selepas mereka membuat saya membayar banyak cukai dan mereka tidak memberi saya apa-apa dan tidak mempunyai sebarang keputusan yang positif. Saya telah kehilangan wang yang saya hasilkan dan jumlah itu (3,000 euro). Suatu hari saya melayari internet yang kelihatan keliru dan frustrasi, maka saya mendapat kesaksian dari seorang wanita yang juga ditipu dan akhirnya terikat dengan kredit yang sah dan boleh dipercayai Puan Alicia Radu (aliciaradu260@gmail.com) di mana dia akhirnya mengambil pinjaman, jadi saya memutuskan untuk menghubungi syarikat pinjaman yang sama dan kemudian saya memberitahu mereka tentang bagaimana saya telah dirompak oleh dua pemiutang yang berbeza yang tidak Lebih daripada memberi saya lebih banyak kesakitan. Saya menerangkan kepada mereka melalui e-mel. Mereka memberitahu saya untuk berhenti menangis kerana saya akan mengambil pinjaman saya dari syarikat mereka dan juga membuat pilihan yang tepat dengan menghubungi mereka. Saya telah menyelesaikan borang pinjaman dan saya telah melakukan semua yang saya telah diminta dan saya telah diberi pinjaman sebanyak 25,000.00 € oleh syarikat besar ini. Di sini saya gembira dengan keluarga saya hari ini kerana ibu Alicia Radu memberi saya pinjaman, maka saya bersumpah kepada diri saya sendiri bahawa saya akan terus memberi keterangan di internet tentang bagaimana saya menerima pinjaman saya. Saya fikir orang lain juga menjadi saksi dan pemiutang yang sama. Adakah anda memerlukan pinjaman kecemasan? Mohon dan cepat hubungi ibu dengan e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)
Anda masih boleh menghubungi saya jika anda memerlukan maklumat lanjut melalui e-mel: (marcudorlca750@gmail.com)
September 23, 2018 at 4:51 AM
Halo semua, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warganegara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat konkrit kepada semua warganegara Indonesia yang mencari pinjaman dalam talian untuk berhati-hati kerana internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya sangat memerlukan pinjaman , kerana kewangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sehingga seorang kawan saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberitahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat boleh dipercayai bernama Puan ESTHER PATRICK Cawangan Pengurus Pinjaman Akses, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp600,000,000 dalam masa kurang dari 12 jam pada kadar faedah 2% dan yang mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.
Saya menerima pinjaman saya dalam akaun bank saya selepas Madam. LADY ESTHER telah meminjamkan pinjaman kepada saya, apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya terima itu telah dikreditkan ke akaun bank saya. dan saya mempunyai bukti dengan saya, kerana saya masih terkejut, e-melnya (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)
Jadi untuk kerja yang baik LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberitahu dan berkongsi kesaksian saya tentang LADY ESTHER, jadi orang dari negara saya dan bandar saya boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) sila hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahawa saya melakukan ini tetapi saya sangat gembira sekarang dan saya membuat keputusan untuk memberitahu orang ramai tentangnya, Dia menawarkan semua jenis pinjaman kepada individu dan syarikat dan juga saya mahu Tuhan memberkati dia lebih banyak,
Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya seorang pemilik perniagaan wanita yang baik dan hebat di kota saya, Semoga Tuhan Yang Maha Esa terus memberkati LADY ESTHER untuk kerja yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
Tolong beritahu saya untuk maklumat lanjut tentang Ibu dan saya akan memberi arahan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua
November 19, 2018 at 6:15 PM
Saya sangat bersyukur kepada Ibu Iskandar Lestari karena telah memberi saya pinjaman sebesar Rp700.000.000,00 saya telah berhutang selama bertahun-tahun sehingga saya mencari pinjaman dengan sejarah kredit nol dan saya telah ke banyak rumah keuangan untuk meminta bantuan namun semua menolak saya karena rasio hutang saya yang tinggi dan sejarah kredit rendah yang saya cari di internet dan tidak pernah menyerah saya membaca dan belajar tentang CREDIT UNION DAYA LESTARI di salah satu blog saya menghubungi CREDIT UNION DAYA LESTARI konsultan kredit via email:(iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com) dengan keyakinan bahwa pinjaman saya diberikan pada awal tahun ini tahun dan harapan datang lagi, kemudian saya menyadari bahwa tidak semua perusahaan pinjaman di blog benar-benar palsu karena semua hautang finansial saya telah diselesaikan, sekarang saya memiliki nilai yang sangat besar dan usaha bisnis yang patut ditiru, saya tidak dapat mempertahankan ini untuk diri saya jadi saya harus memulai dengan membagikan kesaksian perubahan hidup ini yang dapat Anda hubungi Ibu Iskandar via email:::(iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
dia BBM INVITE:{D8980E0B}
Calls Only ::{+12542276869}
WhatsApp Only::{+33753893351}